BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 12 February 2012

PERATURAN KEJOHANAN ARAUWOLVES RUGBY 7'S UiTM PERLIS 2012

KEJOHANAN ARAUWOLVES RUGBY 7’S
(PERATURAN KEJOHANAN)

FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI UITM PERLIS
PENGANJURAN SR SARTORIUS
25 - 26 FEBRUARI 2012
8.00 am – 6.00 pm
PADANG RAGBI UITM PERLIS

“ONLY THE TOUGHEST WILL SURVIVE”

1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dikenali sebagai Kejohanan Arauwolves Rugby 7’s Uitm Perlis 2012.
 
2. PENGELOLAAN
Jawatankuasa pengelolaan kejohanan yang dibentuk oleh Pelajar Fakulti Sains Sukan Uitm Perlis akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengelolaan kejohanan ini.

3. PENYERTAAN DAN YURAN PENYERTAAN
Kejohanan ini terbuka kepada Kelab-Kelab Ragbi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Pendaftaran hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan dengan menyertakan bayaran penyertaan sebanyak RM 200 sahaja.

4. PENDAFTARAN PASUKAN
Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini hendaklah mendaftarkan seramai tidak lebih dari 12 orang pemain dan 2 orang pegawai pasukan. Tiada tambahan pemain boleh dilakukan terhadap senarai yang telah didaftarkan. Pasukan-pasukan yang menggunakan pemain yang tidak berdaftar akan dikenakan tindakan tatatertib.

5. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

5.1 Undang-undang terkini ragbi variasi 7 sebelah yang dikeluarkan oleh International Rugby Board dan diterima pakai oleh Kesatuan Rugby Malaysia yang akan mengawal kejohanan ini kecuali bagi beberapa perkara yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini.
5.2 Pertukaran pemain boleh dilakukan secara “Rolling Substitution” pada sepanjang masa perlawanan. Pertukaran pemain hanya boleh dilakukan semasa bola mati.

6. MASA BERMAIN

6.1 Bagi pertandingan peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir, perlawanan akan berlangsung selama 7 minit untuk separuh masa pertama dan 7 minit untuk separuh masa kedua. 1 minit diperuntukkan untuk pertukaran padang antara dua separuh masa tersebut.
6.2 Bagi pertandingan akhir cup, perlawanan akan berlangsung selama 10 minit setiap separuh masa, diselangi 3 minit masa rehat dan pertukaran padang.

7. TATACARA PERTANDINGAN

7.1 Sebanyak 16 pasukan diundi ke dalam 4 kumpulan A,B,C,D. Setiap kumpulan akan mempunyai 4 buah pasukan yang akan bertanding secara liga satu pusingan dalam kumpulan masing-masing.

7.2 Pada akhir pertandingan peringkat kumpulan, pasukan-pasukan yang mendapat dua kedudukan teratas dalam kumpulan layak bertanding dalam kumpulan X dan dua pasukan berikutnya layak bertanding dalam kumpulan Y.

7.3 Pertandingan pusingan kedua:

7.3.1 Pertandingan suku akhir kategori cup/plate kumpulan X bahagian atas: johan kumpulan A akan bertemu naib johan kumpulan C, johan kumpulan B akan bertemu Naib johan kumpulan D.
7.3.2 Pertandingan suku akhir kategori cup/plate kumpulan X bahagian bawah: naib johan kumpulan A akan bertemu johan kumpulan C, naib johan kumpulan b akan bertemu johan kumpulan D.
7.3.3 Pertandingan suku akhir kategori bowl kumpulan Y bahagian atas: ketiga kumpulan A akan bertemu keempat kumpulan C, ketiga kumpulan B akan bertemu keempat kumpulan D.
7.3.4 Pertandingan suku akhir kategiri bowl kumpulam Y bahagian bawah: keempat kumpulan a akan bertemu ketiga kumpulan C, keempat kumpulan B akan bertemu ketiga kumpulan D.
7.3.5 Pasukan-pasukan yang memenangi perlawanan suku akhir kategori cup/plate akan bermain di peringkat separuh akhir kategori cup secara kalah mati, manakala pasukan-pasukan yang tewas dalam kategori cup/plate akan bermain di peringkat separuh akhir kategori plate secara kalah mati.
7.3.6 Pasukan-pasukan yang memenangi perlawanan suku akhir kategori bowl akan bermain di peringkat separuh akhir kategori bowl secara kalah mati.

8. MASA MELAPOR

8.1 Pasukan-pasukan yang bertanding dikehendaki mematuhi jadual perlawanan yang telah disediakan.

8.2 Pasukan-pasukan yang gagal berada di padang dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain apabila dipanggil oleh pengadil perlawanan akan diberikan masa 5 minit untuk berbuat demikian. Sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut, tamat masa menunggu yang diberikan, pasukan lawannya akan diberikan kemenangan percuma (15-0).

8.3 Sekiranya kedua-dua pasukan gagal mematuhi peraturan 8.2 di atas, perlawanan tersebut dianggap batal dan tiada mata diberikan kepada kedua-duanya.

8.4 Pengarah pertandingan boleh menggunakan budi bicaranya untuk menyelesaikan perkara 8.2 dan 8.3 di atas.

9. PEMBERIAAN MATA

9.1 Menang - 3 Mata
9.2 Seri -1 Mata
9.3 Kalah -0 Mata

10. TINDAKAN TATATERTIB

10.1 Pemain-pemain yang dikenakan kad merah (bukan kerana kesalahan kad kuning kedua) akan digantung dari terus bermain dalam kejohanan ini. Tempat pemain tersebut tidak boleh digantikan oleh mana-mana pemain lain.

10.2 Pemain yang yang menerima kad merah akibat kesalahan kad kuning kedua akan dikenakan penggantungan satu perlawanan berikutnya.

11. PENENTUKAN KEDUDUKAN DALAM KUMPULAN

11.1 Pasukan yang mendapat jumlah pungutan mata kumpulan mata kumpulan tertinggi akan menjadi johan kumpulan.

11.2 Pasukan yang mendapat jumlah pungutan mata kumpulan kedua tertinggi akan menjadi naib johan kumpulan.

11.3 Pasukan yang mendapat jumlah pungutan mata kumpulan ketiga tertinggi akan menjadi ketiga kumpulan.

11.4 Pasukan yang mendapat jumlah pungutan mata kumpulan keempat tertinggi akan menjadi keempat kumpulan.

12. KEDUDUKAN MATA SERI DALAM KUMPULAN

12.1 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mendapat kutipan mata kumpulan sama banyak, kedudukan pasukan-pasukan tersebut dalam kumpulan masing-masing akan ditentukan melalui urutan berikut:

12.1.1 bilangan try terbanyak; atau
12.1.2 bilangan conversion terbanyak; atau
12.1.3 bilangan gol penalty terbanyak; atau
12.1.4 bilangan drop gol terbanyak; atau
12.1.5 perbezaan skor dapat mengatasi skor kena.

12.2 Sekiranya keputusan tidak dapat diperolehi melalui kaedah diatas, keputusan perlawanan antara dua pasukan tersebut diambil kira.

12.3 Sekiranya 12.2 tidak dapat mencapai keputusan, kedudukan pasukan tersebut ditentukan melalui undian lambungan wang syiling (3 kali lambungan)

13. KEDUDUKAN SERI DALAM PUSINGAN KEDUA

13.1 Dalam perlawanan pusingan kedua dan seterusnya, sekiranya perlawanan berakhir dengan keputusan seri pada akhir masa perlawanan, keputusan akan ditentukan melalui kaedah berikut:

13.1.1 Perlawanan dilanjutkan dengan masa tambahan 5 minit secara “sudden death”. Mana-mana pasukan yang Berjaya mendapat mata dalam masa tambahan tersebut akan diisytiharkan sebagai pemenang.

13.1.2 Sekiranya tiada keputusan dicapai dalam 13.1.1, keputusan akan ditentukan oleh sepakan penalti secara “sudden death” di garisan 22 meter secara bergilir-gilir.

13.1.3 Sekiranya keputusan masih tidak tercapai, lambungan wang syiling 3 kali akan menentukan pemenang.

14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Jawatankuasa Pengelola melalui Pengarah Kejohanan berhak menentukan sebarang perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan-peraturan ini dan keputusannya adalah muktamad.

0 comments: